Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurPutrajaya

Komuniti Madani Perlu Bantu Cantas Berita Palsu

By 31 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hisham Salleh

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Komuniti Madani memainkan peranan penting sebagai pengesah maklumat, terutamanya maklumat yang diterima melalui aplikasi pemesejan seperti Whatsapp dan Telegram, mahu pun di laman media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyeru rakyat Malaysia berganding bahu membantu dalam meningkatkan pemahaman komuniti setempat mengenai isu keselamatan dalam talian, termasuk isu penyebaran berita tidak sahih.

“Saya mohon bantuan daripada rakan-rakan, sekiranya mendapat berita yang tidak sahih, boleh rujuk Jabatan Penerangan Malaysia, untuk dapatkan pengesahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Taklimat PEDi bersama Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, hari ini.

Tambahnya, rakyat Malaysia juga boleh menonton segmen khas ‘Biar Betul’, yang ditayangkan setiap hari pada jam7.59, di saluran TV1 — berperanan menangkis berita palsu dan fitnah.

Komuniti Madani adalah badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, selain membantu menyalurkan maklumat serta inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan.

-HS-

 

Tinggalkan komen anda