Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

PEDi Sungai Udang, Dungun Bantu Penduduk Daftar Maklumat PADU

By 11 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kaunter Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sungai Udang memberi khidmat bantuan kepada penduduk setempat untuk mendaftar maklumat PADU.

Pembantu Perangkaan Yusniha Yusof, 31, memberitahu kaunter pendaftaran ini memberi kemudahan terutama kepada warga emas untuk membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat PADU memandangkan golongan ini tidak mahir menggunakan teknologi digital.

“Pasukan teknikal yang ditugaskan di PEDi Sungai Udang membantu golongan ini di samping kemudahan capaian Internet di sini yang pantas tanpa sebarang gangguan capaian turut memainkan peranan penting,” katanya semalam.

Pengurus PEDi Sungai Udang Nor Tiara Syuhadah Mohd Suhaimi, 32, mengalu-alukan seluruh masyarakat yang tinggal berhampiran PEDi terutama warga emas dan suri rumah menjadikan PEDi sebagai salah satu pusat sehenti untuk membuat pendaftaran PADU.

Salah seorang pengunjung warga emas Azmi Dollah, 64, memberitahu beliau mengambil langkah awal hadir ke PEDi Sungai Udang bagi membuat pendaftaran PADU kerana tidak mahu membuat pendaftaran pada saat akhir.

“Pendaftaran secara bersemuka di PEDi sangat membantu golongan seperti saya yang kurang mahir menggunakan sistem dalam talian,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda