Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PEDI Setempat Mudahkan Pendaftaran PADU

By 11 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Borhan Ahmad Ulis

KUCHING, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kampung Bako di sini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya warga emas.

Pengurus PEDI Kampung Bako Ahmad Fahmi Hamdan, 30, berkata kaunter fizikal PADU yang dibuka di pusat itu bukan sahaja memudahkan pendaftaran malah memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai sistem ini.

“Pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut berada di lokasi untuk membantu orang awam yang ingin mendaftar PADU secara atas talian,” katanya.

Hasil tinjauan, masyarakat di kawasan tersebut menyambut baik usaha-usaha kerajaan dalam membantu rakyat khususnya dalam pemberian subsidi bersasar.

Tambah mereka, proses pendaftaran amat mudah dan hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja ke kaunter fizikal PEDI dan sekiranya tidak pasti, orang awam boleh memohon bantuan daripada para petugas di PEDI kawasan masing-masing untuk membantu.

Turut hadir Pengarah (Pembangunan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Cawangan Sarawak Ts. Scott Kueh Sui Yek.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda