Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ucapan Selamat Datang Lima Bahasa Menyerikan Sambutan Hari Graduasi Tabika Perpaduan

By 31 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Shamieza Abd Razak (Kota Seta

ANAK BUKIT, 31 Jan, (Malaysiaaktif) – Gabungan Tiga Daerah Tabika Perpaduan Majlis Hari Graduasi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di sambut meriah di Dewan Serbaguna KDN, di sini kelmarin.

Program ini juga telah memperlihatkan bakat-bakat terpendam murid-murid yang membuat berbagai persembahan menarik untuk meraikan semua tetamu yang hadir.

Antara kreativiti yang di pertontonkan dan amat kreatif ialah pelajar telah melafaz selamat datang kepada tetamu yang hadir dalam lima bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, India, Siam dan Inggeris

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi  Nasional Negeri Kedah Haji Ahmad Puat Junus, Program Pintar Kreatif yang diwujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional untuk semua Tabika Perpaduan memperlihatkan perkembangan positif di mana bakat-bakat serta potensi murid-murid dapat dicungkil sejak awal persekolahan.

“Program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri di khalayak selain dapat memastikan perkembangan murid-murid secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosioekonomi, sahsiah dan rohani dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin serta berinovasi,” katanya.

Seorang waris yang ditemui, Roslan Mamat, 32, amat berpuas hati dengan pembelajaran yang diterima anaknya menampakan lebih berkeyakinan untuk melangkah ke alam persekolahan.

Bersempena dengan program ini juga telah diadakan Majlis Graduasi Tamat Pengajian kepada 417 orang murid-murid dari Tadika Perpaduan seluruh daerah Kota Setar, Padang Terap dan Pokok Sena.

-ZS-

Tinggalkan komen anda