Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

188 Pelajar Jepun Belajar Budaya Malaysia di KKSY

By 20 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 188 pelajar Sekolah Tinggi Meishu Gakuen Hitachi, Jepun berpeluang mempelajari budaya Malaysia ketika lawatan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), di sini hari ini.

Kehadiran pelajar berusia 16 hingga 17 tahun menerusi Program Mobiliti Pelajar dari negara matahari terbit itu di sambut mesra serta digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai ‘buddies’ (rakan).

Pelajar-pelajar tersebut berkesempatan mengikuti kursus pendek membuat teh tarik, kuih cara dan onde-onde di samping permainan tradisional seperti congkak, ceper dan dam haji.

Mereka turut diperkenalkan dan belajar tarian tradisional ‘Joget Pahang’ serta menyanyi bersama-sama lagu Lemak Manis dendangan Roslan Madun.

Pengarah KKSY Dr. Noriah Abdul Malek, berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kedatangan perwakilan dari negara luar menjalin kerjasama dan perkongsian ilmu antara institusi yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

“Kerjasama ini mendedahkan pelajar daripada kedua-dua institusi tentang aspek kehidupan dalam memupuk persefahaman kebudayaan terhadap budaya asing disamping meningkatkan komunikasi interpersonal peserta.

Sementara itu, pelajar Program Operasi Perhotelan KKSY, Ahmad Azhar Afandi, 19, menyatakan beliau teruja menyantuni pelajar-pelajar daripada negara luar kerana berpeluang untuk berkomunikasi dengan dengan lebih rapat lagi dengan mereka.

“Pada mulanya, cara berkomunikasi amat sukar dan terhad untuk menyampaikan sesuatu, tetapi saya atasinya dengan menggunakan pelbagai kemudahan lain dalam berkomunikasi.

“Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk menyantuni mereka, malah kami telah bertukar nombor telefon dan media sosial bagi mengekalkan persahabatan ini,” kata pelajar semester tiga itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda