Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hub Pengecas Kenderaan Elektrik Pertama Dilancar di Melaka

By 20 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/FB Ketua Menteri Melaka (Melaka Tengah)

GAJAH BERANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melancarkan Hub Pengecas Kenderaan Elektrik yang pertama dan terbesar di Melaka, di sini semalam.

Ab Rauf turut menyaksi pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan Syarikat EVPower Sendirian Berhad (EVPSB) yang dimeterai demi membangun kemudahan petak pengecasan kenderaan elektrik di Melaka terutama di lebuh raya dan jalan-jalan utama yang menghubung pusat tarikan pelancong serta tempat letak kereta awam sekitar Melaka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EVPSB Cornelius Ee, EVPower menawarkan pengecasan yang inovatif dan amat dipercayai untuk keperluan kenderaan elektrik.

“Melalui kerjasama dengan PTHM, dapat membawa impak positif kepada alam sekitar dan ekonomi.

“Stesen caj ini menggabungkan teknologi penyimpanan tenaga bateri dan solar yang pertama di Melaka di mana teknologi baru ini dapat memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mesra alam,” ujarnya.

Selain kerjasama antara PTHM dan EVPSB, Superlux Auto Sendirian Berhad, melalui Pengarah Urusan Fahmi Barakbah Mohd Salleh juga turut menjalin kerjasama dengan PTHM demi mendukung usaha kerajaan mengimplimentasi teknologi hijau dan bermurah hati menyumbang 10 unit pengecas motosikal elektrik jenis interstellar EV AC kepada PTHM untuk pemasangan sekitar Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda