Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Ahli Parlimen Seputeh Agih Limau Mandarin

By 10 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok meluangkan masa menyantuni masyarakat Cina sekitar Pasar Pagi Taman OUG, di sini semalam.

Teresa mengedarkan buah limau, angpau dan kalendar kepada peniaga dan masyarakat setempat di sini menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini.

“Tahun ini tahun saya, tahun naga. Hari ini merupakan hari terahir sebelum kita sambut ketibaan tahun naga.

“Menjelang Tahun Baharu Cina ini, saya pergi ke pasar dan kedai-kedai di kawasan parlimen saya ini untuk mengedarkan buah limau, angpau dan kalendar sambil beramah mesra dengan rakyat di sini,” katanya semalam.

Menurut Teresa lagi setiap tahun beliau akan mengedarkan kalendar berbentuk kad kecil yang mengandungi nombor talian kecemasan seperti polis, hospital, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebagainya yang mana amat membantu ketika waktu kecemasan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda