Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Daerah Timur Laut Terima Mahkamah Rendah Syariah Baharu

By 10 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Timur Laut)

GEORGETOWN, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Rakyat Pulau Pinang menerima khabar gembira apabila sebuah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut yang dibina akan memberi keselesaan maksimum khususnya kepada penduduk yang berurusan dengan institusi kehakiman.

Menurut Ketua Pengarah Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Arif Datuk Mohd Amran Mat Zain, pembinaan mahkamah ini adalah hasrat bagi merealisasikan visi yang ditetapkan oleh agensi agama di peringkat Persekutuan iaitu menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam terunggul yang progresif dan inklusif menjelang 2025.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Muhammad Abdul Hamid, berkata pembinaan bangunan baharu itu menunjukkan bukti dan komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan agama Islam di negeri Pulau Pinang.

“Kompleks Mahkamah Rendah Syariah ini mesra pengguna dengan menerapkan elemen moden Islamik yang mana ianya diinspirasikan dari bangunan perpustakaan digital,” katanya kelmarin.

Majlis Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut tersebut telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda