Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Op Selamat 21: 50 Kawasan Panas, 11 Kawasan Hitam Dikenal Pasti

By 10 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)/Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Polis Kuala Lumpur telah mengenal pasti 50 kawasan panas (lokasi kesesakan lalu lintas) dan 11 kawasan hitam yang mempunyai kekerapan kes kemalangan maut di sekitar ibu kota sempena Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, seramai lapan pegawai kanan dan 132 anggota polis ditugaskan pada Op Selamat kali ini.

“Antara kawasan panas yang dikenal pasti adalah di Jalan Tun Razak susur dari Bulatan Pahang, Jalan Cheras /Jalan Ikan Ayu, Jalan Kampung Kerinchi/Bangsar South dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

“Antara lokasi kawasan hitam adalah di Jalan Loke Yew, Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Kuching,” ujar Allaudeen pada sidang media di Jalan Pasar Baharu, Pudu kelmarin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengikut jadual perjalanan yang telah dikeluarkan syarikat konsesi lebuh raya dan mengamalkan pemanduan berhemah semasa perjalanan pulang ke kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda