Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pelancaran Kad ‘Wangsa Maju Kita Punya’ Galak Penyertaan Komuniti Setempat

By 25 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Elyas Hisyam/Nor Azwin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Zaliha Mustafa telah melancarkan Kad Wangsa Maju Kita Punya bagi menggalakkan penduduk di Parlimen Wangsa Maju untuk turut hadir menjayakan aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju.

“Saya berharap program seperti ini dapat memaknai semangat perpaduan dan rasa kebersamaan sesama warga Wangsa Maju.

“Saya juga menyambut baik inisiatif yang terkait dengan perpaduan ini seleras dan bertepatan dengan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kita,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya, di sini semalam.

Karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju dengan kerjasama Management and Science University (MSU) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik daripada jabatan kerajaan dan agensi setempat.

Parlimen Wangsa Maju merupakan perintis kepada bandar rendah karbon dan pelbagai pelaksanaan dan inisiatif perlu diimplementasikan dengan lebih giat serta meletakkan sebagai keutamaan dalam menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai ‘Eco-friendly City’.

Dalam Program ini juga pihak Yayasan MSU telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada 11 buah sekolah yang terpilih di Parlimen Wangsa Maju.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Sri Kamarulzaman Mat Salleh dan Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Muhammad Najmi Mustafa.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda