Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Mentarang: Sumber Rezeki Lumayan

By 15 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Fenomena air surut yang jarang-jarang berlaku menyebabkan siput mentarang ini mudah didapati dan menjadi sumber rezeki tambahan kepada penduduk tempatan di Kampung Pulau Sayak.

Menurut Sarifah Md Saad, 55, dari Taman Sri Bayu, Sungai Lalang, beliau turun mencari mentarang sejak awal pagi dengan ditemani anak-anaknya ketika musim cuti sekolah.

“Hasil pendapatan siput mentarang ini jugalah akan saya gunakan untuk membeli kelengkapan sekolah nanti selain untuk perbelanjaan harian.

“Selain menjual di pasaran tempatan, saya juga turut menjual kepada jiran-jiran dengan harga RM10 bagi setiap kilogram (kg),” ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini.

Menurut beliau lagi, antara hidangan berasaskan siput mentarang yang sesuai dimasak ialah goreng kunyit , gulai lemak bersama jantung pisang, kerabu, bakar dan rebus mengikut citarasa masing-masing.

“Dalam sehari saya boleh mendapat sehingga kira-kira 20 kg. siput mentarang,

“Mentarang di sini sedap rasanya jika dibandingkan dengan tempat lain kerana habitatnya di kawasan tanah liat manakala di tempat lain di kawasan berpasir,” katanya mengakhiri perbualan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda