Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Derma Darah Tanggungjawab Bersama

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Unit Tabung Darah HEBHK Kluang (Kluang)

KLUANG, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 beg darah disasarkan untuk dikumpul dalam Program Kempen Derma Darah Mega Peringkat Daerah Kluang Tahun 2024 anjuran bersama Pejabat Daerah Kluang dan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini semalam.

Pegawai Daerah Kluang Mohd Rafi Abdullah, berkata statistik daripada Pusat Darah Negara hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang mampu menderma darah secara fizikal, berbuat demikian, sedangkan purata antarabangsa adalah 5 peratus.

“Menderma darah merupakan tanggungjawab setiap individu. Tanpa sokongan daripada orang ramai, bekalan darah sedia ada tidak dapat menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun,” katanya.

Menurut Pengarah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Dr. Mohd Nizam Haji Subahir, antara manfaat menderma darah dalam satu sesi yang dianggarkan antara 10-15 minit sahaja akan membakar sekurang-kurangnya 650 kalori.

“Ini bersamaan apabila seseorang itu melakukan senaman ringan seperti belari anak atau menaiki tangga selama satu jam,” ujanrnya.

Turut serta dalam program tersebut adalah Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat yang membantu mengumpul darah dalam program yang berlangsung sehingga petang semalam.

Orang ramai yang ingin menderma darah digalakkan untuk turut serta dalam program derma darah yang dianjurkan melalui persatuan, pertubuhan bukan kerajaan atau boleh hadir terus ke Unit Tabung Darah hospital berhampiran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda