Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program ‘Back To School’ – Kecaknaan PUSPANITA Negeri Kedah untuk Ahli

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azrul Abdullah/M.Nawawi Kasa (Kota Setar)

ALOR SETAR, 5 Feb (Malaysiaktif) – Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohammad Ariff, hari ini telah menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan ‘Back To School’ anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama State Secretary Kedah (Incorporation).

Program yang diadakan semalam di Dewan Seri Negeri ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial berbentuk sumbangan wang tunai berjumlah RM150 untuk setiap pelajar sebagai menampung persiapan kembali ke sekolah.

Semasa ucapan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Datin Seri Norhasni Ishak memaklumkan, tahun 2024 ini merupakan tahun kelima program diadakan dan ianya telah menyantuni seramai 300 pelajar yang kebanyakanya adalah anak-anak ahli PUSPANITA dari semua daerah di Kedah.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban para waris serta suntikan semangat baru kepada pelajar supaya belajar besungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda