Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Filem Budaya Kaum Salako akan Ditayang pada Hari Malaysia

By 21 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas

KUCHING 21 Feb (Malaysiaaktif) – Filem Raya Emas – Saloko Harta Suci, sebuah filem pertama di dunia yang mempamerkan budaya masyarakat Salako daripada suku kaum Dayak Sarawak bakal ditayangkan di layar perak pada Hari Malaysia iaitu pada September tahun ini.

Filem yang selesai sesi penggambaran dan dalam peringkat pasca produksi ini telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, di sini semalam.

Menurut Karim, beliau berasa bangga kerana untuk kali pertamanya filem tempatan mempamerkan keunikan budaya menawan kaum Salako.

“Saya yakin, filem ini akan membuat lebih ramai pelacong berminat dan melihat sendiri keindahan Sarawak, serta dapat membantu merancakkan lagi industri pelancongan,” katanya.

Tambahnya, 80 peratus proses pengambaran berlangsung di kawasan Lundu yang merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Kuching.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda