Laporan/foto: Hafizul Adzhari
ALOR GAJAH, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rembia menerusi Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Fairul Nizam Roslan, kelmarin turun padang memberikan sumbangan kepada lebih 100 orang masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.
Program yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Alor Gajah itu bertujuan meringankan beban selain dapat menggembirakan mereka yang bakal menyambut perayaan pada hujung minggu ini.
“Kita mahukan semua masyarakat terutama kaum Cina DUN Rembia akan dapat beraya dengan gembira pada tahun ini.
“Tidak kira apa perayaan sekalipun, kita akan ambil berat sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih berada dibawah DUN Rembia walaupun sumbangan yang diberi tidak seberapa,” kata Fairul.
-ZS-