Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Jis Pai’ Hari Istimewa Kaum Semai

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shahmie Rozman (Hulu Selangor)

HULU BERNAM, 5 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Jis Pai’ merupakan perayaan sambutan tahun baharu bagi masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang lazimnya disambut bersama seluruh penduduk kampung.

Sambutan ‘Jis Pai’ tahun 2024 anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah diadakan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang, di sini pada 2 hingga 3 Februari lalu.

Menurut Pegawai JAKOA Daerah Hulu Selangor Azri Satun, pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya wayang pacak, demonstrasi menyumpit, anyaman, masakan tradisi, persembahan sewang, pameran suku kaum Semai, santapan beradab ‘Jis Pai’ dan kaunter pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Kesepakatan dan kerjasama erat penduduk kampung bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Changkat Bintang berjaya menjadikan sambutan ‘Jis Pai’ tahun ini sungguh meriah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor yang turut melaksanakan Info on Wheels serta hebahan Pendaftaran Daftar PADU di dalam dialek semai sekitar Kampung orang asli,” ujarnya.

Hulu Selangor merupakan daerah yang paling ramai komuniti suku Kaum Semai di Selangor iaitu di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dan Kampung Orang Asli Serigala.

Turut hadir Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohamad Anis Othman dan Pengarah JaPen Selangor Normaizatul Akmal Tujad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda