Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Rahmah Bergerak Dapat Sambutan Luar Biasa Warga Binjul Dalam

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah bergerak yang diadakan di Kampung Binjul Dalam, Kuala Ketil, dekat sini semalam mendapat sambutan luar biasa daripada warga kampung tersebut.

Sebanyak 600 kampit beras serta 19 jenis barangan keperluan asas lain habis dijual dalam tempoh tidak sampai tiga jam.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Binjul Dalam Fadzil Ashaari seramai 300 orang hadir bagi membeli barangan keperluan harian.

“Jumlah kehadiran ini di luar jangkaan kerana pada awalnya kami menjangkakan hanya sekitar 100 orang sahaja.

“Sambutan ini membuktikan bahawa masyarakat amat menghargai program seperti ini,” katanya.

Pejabat Penerangan Daerah Baling mengambil inisiatif untuk mengadakan program tersebut dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Kedah.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Baling Amran Mohamad Kamis, Jabatan Penerangan melalui Komuniti MADANI akan cuba untuk memenuhi agenda kerajaan dengan membantu masyarakat dalam apa jua perkara yang memberi pulangan balik yang baik.

Seorang pengujung yang ditemui Norhayati Azmi, 41, berkata beliau sangat teruja menunggu program jualan ini dilaksanakan untuk membeli barangan yang dikehendaki pada harga yang berpatutan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda