Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpaduan Aset Utama Negara

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari menyifatkan perpaduan merupakan aset paling mahal yang dimiliki negara ketika ini menerusi pemahaman Rukun Negara.

Menurunya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, rakyat Malaysia perlu menumpukan sepenuh jiwa untuk menyakini serta menerima Rukun Negara yang dipegang bersama sehingga dapat mewujudkan kemajmukan.

“Ibu bapa harus gembeling tenaga bersama guru-guru dalam usaha membentuk dan mendidik anak-anak terutama tentang ilmu perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Gombak di Dewan Komplek Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), di sini semalam.

Turut hadir meraikan 286 kanak-kanak Tabika tersebut adalah Pengarah Jabatan Perpaduan Selangor Rohaida Abdul Kadir dan Pegawai Perpaduan Daerah Gombak Shamsida Wahib.

Katanya, elemen saling hormat menghormati antara kaum dan agama menjadi tunjang perpaduan terus kukuh di negara Malaysia sehingga di sanjung tinggi negara luar.

“Kepelbagaian ini merupakan satu hikmah, walaupun berbeza namun kita mampu bersatu hati.

“Bukan mudah untuk bersatu tapi antara elemen yang boleh menyatukan warga Malaysia adalah Rukun Negara,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda