Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Karnival ‘Made In Kuang’ Ketengah Usahawan IKS Tempatan

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/Noriah Athan

KUANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival ‘Made In Kuang’ berjaya mengumpul lebih 40 usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk mengetengahkan produk tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Program yang berlangsung 17 hingga 18 Februari tersebut merupakan julung kali diadakan mampu memberi pendapatan yang lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan Anfaal Saari, berkata hampir 80 peratus peserta merupakan peniaga IKS wanita yang secara tidak langsung memperkasa golongan berkenaan.

“Saya menyokong usaha ini dan berharap lebih ramai pihak menganjurkan program seumpamanya.

“Bukan hanya membantu mereka jana pendapatan tetapi juga sediakan platform untuk memperluaskan produk,” katanya selepas merasmikan karnival tersebut kelmarin.

Menurutnya lagi, melalui karnival terbabit peniaga yang kebanyakannya beroperasi dari rumah turut diberikan pendedahan ilmu perniagaan termasuk pemasaran produk secara dalam talian.

Program anjuran Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 19 merupakan julung-julung kalinya diadakan bagi memperkenalkan produk dari kawasan Kuang.

Antaranya produk-produk makanan sejuk beku, makanan tradisional, inap desa, dewan perkahwinan dan katering.

-ZS-

Tinggalkan komen anda