Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tukang Kasut Jalanan Tambat Hati Pelanggan

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil/Zulfadli Ab.Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI 19 Feb (Malaysiaaktif) – Harga upah yang berpatutan dan kerapian jahitan mungkin menjadi penambat hati pelanggan untuk kekal mendapatkan khidmat seorang tukang kasut di sini.

Insan yang bernama Abd. Aziz Abdullah, 66, berasal dari Machang, Kelantan telah memulakan kerja membaiki kasut secara jalanan di Bandar Kuala Krai sejak tahun 1980.

Menurutnya, setelah hampir 44 tahun sebagai tukang kasut, masih ada pelanggan yang datang mendapatkan khidmatnya.

“Rutin kerja saya bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali cuti hujung minggu.

“Terima kasih kepada pelanggan yang membuatkannya mampu menyara keluarga,” ujarnya kelmarin.

Salah seorang pelanggan tetap yang ditemui, Majedi Abdullah, 51, berkata beliau berpuas hati dengan mutu jahitan kasut yang dihasilkan di samping harganya pula mesra poket.

“Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai wajar menyediakan tempat yang lebih selesa, kos sewa yang rendah agar peniaga kecil seperti ini dapat dibantu sejajar dengan perkembangan semasa,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda