Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Klinik Baharu Pergigian Tanjong Karang beroperasi 4 Mac Ini

By 24 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hufaidatul Azfa

KUALA SELANGOR 24 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Pergigian Tanjong Karang, hari ini.

Klinik baharu ini akan mula beroperasi pada 4 Mac ini, manakala bangunan lama akan ditutup sebaik sahaja pengoperasian klinik di bangunan baharu bermula.

“Bangunan baharu ini menempatkan Klinik Pergigian Primer dan Unit Kepakaran Ortodontik serta Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Selangor yang merupakan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi menguruskan perkhidmatan dan pentadbiran pergigian Daerah Kuala Selangor,” kata Dzulkefly semasa berucap merasmikan program.

Tambahnya, terdapat lapan kerusi pergigian iaitu lima kerusi pergigian primer dan tiga kerusi pergigian untuk unit Ortodontik dan klinik ini juga dilengkapi dengan bilik x-ray intraoral dan makmal pergigian bagi penyediaan prosthesis pergigian termasuk gigi palsu dan aplian.

Klinik pergigian Tanjong Karang merupakan klinik pergigian utama di daerah Kuala Selangor, di samping dua klinik gigi lagi iaitu Klinik Pergigian Kuala Selangor dan Klinik Pergigian Bestari Jaya.

Antara rawatan yang disediakan kepada pesakit meliputi pemeriksaan pergigian, tampalan gigi, penskaleran, cabutan gigi, gigi palsu, rawatan pencegahan dan rujukan kepada kepakaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda