Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Petronas Pendang : ‘One Stop Centre’ untuk Memenuhi Keperluan Harian Masyarakat Setempat

By 19 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Mohamad Azam Mat Awi (Pendang)

PENDANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Stesen Minyak Petronas sangat sinonim dengan kedai serbaneka dikenali sebagai Mesra yang kebiasaannya menjual makanan dan minuman ringan untuk para pelanggan.

Namun, keistimewaan yang disajikan oleh Mesra di Pekan Pendang ini menjadikannya ‘One Stop Centre’ yang luar biasa.

Menurut pemiliknya Siti Nur Ahmad, Mesra yang terdapat di sini bukan sekadar menjual makanan dan minuman ringan, malahan turut terdapat pelbagai barangan keperluan harian termasuklah barangan dapur, barangan basah seperti sayur, ikan, ayam, buah-buahan, kafe minuman, pastri, kek, makanan sejuk beku, aneka kuih tradisional, barangan penjagaan peribadi, perkhidmatan pembayaran bil utiliti serta perkhidmatan Mesin Pengeluaran Wang (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM).

“Kami amat menitikberatkan kebersihan tandas dan fasiliti lain yang disediakan memandangkan kami telah menerima Anugerah Tandas Terbaik pada tahun 2019.

“Pada tahun 2020 dan 2021, kami telah menjadi satu-satunya Stesen Minyak Petronas yang menerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Peringkat Kebangsaan,” jelasnya semalam.

Katanya lagi, Petronas Pendang juga menjadi pilihan penduduk setempat kerana lokasinya yang strategik dan pelbagai kemudahan disediakan seperti tandas, surau yang selesa dan kawasan meletak kenderaan yang luas.

“Kakitangan kami banyak membantu dan memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan sehingga ke hari ini.

“Bagi menghargai kakitangan yang setia bersama kami, yang sudah berkhidmat melebihi lima tahun akan dihadiahkan Pakej Menunaikan Umrah dan setakat ini sudah ada tiga orang kakitangan yang menerima pakej umrah tersebut,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda