Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Langkawi Sambut Pelancong Melalui Penerbangan Sulung Flydubai ke Langkawi

By 11 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Muhamad Hazril Haikal Hamzah (LADA)

LANGKAWI, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama pihak Tourism Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), agensi kerajaan dan para pemain industri pelancongan Langkawi menyambut ketibaan penerbangan sulung Flydubai dari Dubai, United Arab Emirates (UAE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Haslina Abdul Hamid pembukaan laluan ini akan memberi manfaat ekonomi kepada penduduk Langkawi dengan kedatangan para pelancong dari Asia Barat, Eropah, Afrika dan lain-lain.

“Pembukaan laluan oleh syarikat Flydubai bakal menawarkan pengalaman penerbangan yang selesa kepada para penumpang daripada lebih 120 destinasi ke Langkawi melalui hab penerbangan Dubai, UAE,” ujarnya.

Menurut Haslina lagi LADA menawarkan Program Insentif Penerbangan Sewa Khas merupakan salah satu faktor
utama bagi kejayaan sesebuah syarikat penerbangan untuk memulakan penerbangan ke pulau ini.

Program insentif penerbangan ini mula ditawarkan oleh LADA melalui Blueprint Pelancongan Langkawi.

“LADA amat yakin dengan adanya inisiatif penerbangan berjadual dan penerbangan sewa khas ini akan meningkatkan lagi kemudahsampaian
pelancong melalui laluan udara dan sekali gus meningkatkan kehadiran pelancong ke Langkawi pada tahun ini dengan sasaran anggaran tuga juta
orang pelancong.

“LADA berharap semua pihak terutamanya pemain industri pelancongan termasuk komuniti Langkawi turut memainkan peranan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memajukan pelancongan pulau ini bersama-sama kerajaan persekutuan dan negeri,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda