Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Masyarakat Orang Asli Teruja Daftar Sijil Kelahiran Selepas 30 Tahun

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim (Bera)

BERA, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 17 orang Masyarakat Orang Asli Kampung Durian Kuning, di daerah ini teruja membuat pendaftaran sijil kelahiran buat pertama kalinya selepas 30 tahun.

Menurut Pegawai Pendaftaran Negara Daerah Bera Zuliki Yaakub mereka yang terlibat ini berjaya membuat pendaftaran dan memiliki sijil kelahiran.

“Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih membuka pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli yang masih tiada lagi sijil kelahiran untuk tampil membuat pendaftaran,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif selepas program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) oleh JPN Daerah Bera, di sini semalam.

Tambah beliau lagi, JPN komited memastikan rakyat malaysia yang layak, namun tinggal di kawasan pedalaman dibantu melalui Program MEKAR jabatan itu.

Program yang sinonim sebagai pendaftaran bergerak ini membantu mereka yang mempunyai kesukaran untuk hadir ke pejabat JPN kerana kekangan akses dan logistik.

Sementara it, seorang ibu Siti Maapan, 36, yang turut mendaftar sijil kelahiran sangat gembira dan teruja dengan pendaftaran diri serta anaknya.

“Terima kasih JPN atas inisiatif ini dan saya amat bersyukur kerana dapat memiliki sijil kelahiran untuk saya dan anak,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda