Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PUSPANITA Barat Daya Diharap Lebih Berdedikasi

By 10 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marshita Othman (Barat Daya)

PULAU BETONG, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Jawatankuasa baharu Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Barat Daya diharap lebih berdedikasi dalam melaksanakan segala program pertubuhan itu.

“Semoga tanggungjawab ini dapat digalas dengan penuh berdedikasi demi merencana dan menjayakan pelbagai program dan aktiviti di peringkat daerah mahupun negeri.

“Dengan adanya penglibatan wanita dalam program, sebegini dapat menaikkan martabat dan peranan wanita dalam memacu pentadbiran negara,” katanya.

Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Negeri Pulau Pinang Noriza Yusoff berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat
Pemilihan Jawatankuasa baharu Sesi l 2024/2025
PUSPANITA Cawangan Daerah Barat Daya di Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya (PDTDBD), di sini kelmarin.

Noriza turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa baharu yang dilantik.

Turut hadir Penasihat PUSPANITA Tuan Hafiz Aswad Nadzri.

Keahlian PUSPANITA daerah ini bukan melibatkan penjawat awam wanita sahaja, malahan mereka yang telah berpencen juga masih aktif menyertai program-program anjuran persatuan ini.

Antara pengisian yang turut diadakan bagi memeriahkan program ini adalah dengan aktiviti jualan di perkarangan lobi utama PDTDBD, pertandingan brownies dan juga cabutan bertuah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda