Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Johor Bersih Pupuk Cintakan Kebersihan

By 25 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Lukmannul Hakim/ Majlis Perbandaran Kulai

KULAI, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif kerajaan negeri memupuk tabiat penjagaan kebersihan sebagai amalan kehidupan seharian melalui program Johor Bersih @ Sungai Skudai mendapat reaksi positif oleh penduduk Mukim Senai semalam di Dataran Mahkota, Kampung Pertanian Kulai.

Menurut Pegawai Daerah Kulai Fizwan Dato Haji Mohd Rashidi, setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kulai akan menerima dua buah mesin pemotong rumput sumbangan Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi.’

“Semoga setiap JPKK yang menerima sumbangan ini menggunakan sebaiknya dan memastikan persekitaran sentiasa bersih,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Mohd Fahmi Salam dan Pentadbir Tanah Daerah Kulai Nurul Naqiah Fadzil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda