Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘Periuk Nasi Selatan’ Usaha Kerajaan Negeri Johor Tingkat Produk Hasil Padi

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran

TANGKAK, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited menjayakan agenda pembangunan ‘Periuk Nasi Selatan’ dalam usaha meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di negeri ini.

“Bagi menghargai komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan lagi hasil produktiviti penghasilan padi di negeri ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta pada tahun ini melalui Pelan Pembangunan Industri Padu dan Beras iaitu ‘Periuk Nasi Selatan’.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Sawah Ring, di sini kelmarin.

Katanya lagi, KPKM telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai dan berpotensi dengan anggaran keluasan 50 hektar bagi melaksanakan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan diperluaskan ke seluruh negara.

“Dimaklumkan pada tahun 2022, keluasan bertanam bagi negeri Johor lebih kurang 2,776 hektar atau 0.45 peratus daripada keseluruhan kawasan bertanam padi Malaysia,” katanya.

Mohamad Sabu turut disampaikan cek cura berjumlah RM531,000 yang memberi manfaat kepada 885 pesawah di bawah program Bantuan Tunai Fasa 2 Tahun 2023.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gambir Sahrihan Jani, Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Bin Kassim, Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta Penghulu Mukim.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda