Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Anak Angkat Jepun Perkukuh Hubungan Dua Hala

By 28 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 18 pelajar Jepun dari Jurusan Bahasa Melayu Tokyo Universiti Of Foreign Studies (TUFS) dan Pelajar Jurusan Antarabangsa Takushoku Universiti (TAKU) berpeluang menyelami budaya dan adat resam masyarakat Melayu di Negeri Kelantan bersempena Program Anak Angkat Kembara Ilmu Inap Desa, bermula semalam.

Program yang berlangsung selama seminggu ini melibatkan 14 buah keluarga angkat daripada Komuniti Madani di Kelantan yang melibatkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas.

Majlis penyerahan anak angkat itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, En Muhd Nor Aswadi Md Nor di Dewan Kem Pengakap Kok Keli, Tumpat pada pukul 9.00 malam semalam.

Peserta anak angkat, Ryota Uchino, 19, mengakui teruja dapat menyertai program kerana berpeluang untuk belajar bertutur dalam bahasa Melayu, selain mencuba banyak makanan unik di Malaysia.

“Sebelum datang ke sini saya sudah ada sedikit pengetahuan mengenai budaya dan makanan Kelantan selepas membuat carian di Internet.

“Saya juga tidak merasa janggal kerana masyarakat disini berpegang teguh kepada adat dan budaya timur yang sopan santun serta kaya dengan tradisi yang tersendiri,” katanya.

Mayo Konishi, 19, turut berkongsi rasa gembira kerana diberi peluang untuk berkunjung ke Malaysia dan mahu berkenalan dengan lebih ramai pelajar yang sebaya di Kelantan untuk dijadikan kenangan paling berharga dalam hidupnya.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Muhamad Razak Idris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda