Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pasar Payang Tumpuan Pengunjung Luar Sepanjang Cuti Persekolahan

By 28 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusein/Nik Nor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Orang ramai terutama pengunjung luar negeri Terengganu mengambil kesempatan ke Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) untuk membeli pelbagai barangan sebelum bertolak pulang ke negeri masing-masing.

Peniaga Kedai Payang Ermira Shazlina Ghazali, 39, meluahkan rasa syukur kerana PBKP dibanjiri ribuan pengunjung setiap hari sepanjang cuti persekolahan ini terutamanya dari luar Terengganu.

“Kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus memberi limpahan ekonomi buat peniaga dengan peningkatan pendapatan sehingga tiga kali ganda berbanding hari biasa”, ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Pengunjung berasal dari Segamat, Johor, Norakmalina Tahir, 35, berkata beliau berkunjung ke negeri ini bersama rombongan Pertubuhan Wanita Felcra Dinamis (WADIRA).

“PBKP merupakan destinasi wajib dikunjungi kerana di sini pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk Terengganu dengan harga yang lebih murah seperti makanan tradisional, pakaian batik dan barang perhiasan wanita,” ujarnya lagi.

Bagi Mohd Naqid Aiman Nayan, 27, yang mengunjungi PBKP bersama keluarga teruja melihat suasana yang meriah dengan keramahan peniaga di samping menikmati  kepelbagaian makanan tradisional Terengganu yang enak dan unik.

“Saya pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah di sini setiap kali datang ke Terengganu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda