Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Pertanian Bantu Jana Ekonomi Setempat

By 10 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurizzati Hanis Mohamad Zuki/Mohamad Abdul Hadi (Kuala Kangsar)

MANONG, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Program Pertanian Kebuniti membantu meringankan kos sara hidup melalui penghasilan sendiri produk makanan selain membantu menjana pendapatan.

Pengusaha tanaman cili Megat Mohamad Fitri Megat Ariffin, 47, yang mengusahakan tanaman tersebut secara fertigasi di atas tanah berkeluasan satu ekar, berkata perusahaan ini mendapat bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atas iniasitif kelompok setempat.

“Saya mula mengusahakan tanaman ini sejak September tahun lalu dan memilih cili merah jenis Sakata 461 kerana ia disifatkan lebih komersial.

“Cili jenis ini antara tanaman yang popular dan menerima permintaan yang tinggi di pasaran dan boleh mencecah RM20 hingga RM28 sekilogram,” katanya di kebunnya, di sini kelmarin.

Mohamad Fitri yang juga Ketua Kampung Ulu Piol turut menambah, tanaman cili bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan penjagaan yang rapi selain penggunaan baja yang berkualiti.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda