Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Raja Berangkat’ Sajian Unik Kampung Binjul Dalam

By 16 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Tidak dinafikan lagi, keistimewaan yang terdapat pada satu juadah masakan tradisi masyarakat Melayu di Kampung Binjul Dalam iaitu sejenis gulai dinamakan ‘Raja Berangkat’.

Sebilangan masyarakat yang pertama kali mendengar juadah ini akan merasa pelik dengan namanya, namun akan dapat merasai satu nikmat makanan yang begitu menyelerakan.

Menurut seorang jurumasak majlis kenduri-kendara di kampung tersebut Normadiah Din, 80, beliau belajar dan memperolehi resepi masakan ini melalui saudaranya yang mewarisi secara turun-temurun sejak bergenerasi.

“Keistimewaan masakan ini terletak pada rencah masakan serta sukatan bahan masakan yang betul.

“Antara bahan yang terdapat dalam masakan ini ialah kerisik, lengkuas, halia dan beberapa rempah ratus lain,” katanya semalam.

Katanya lagi, resepi ini lebih enak dimasak bersama daging kambing serta umbut pisang.

Menurut seorang penduduk Izzudin Azemi, 41, ‘Raja Berangkat’ merupakan juadah yang dinantikan dalam setiap majlis kenduri di kampung tersebut.

“Ianya cukup menyelerakan dan keistimewaan ini tiada di tempat lain,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda