Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

RM10 Ribu Juara Memancing Kubang Menerong

By 27 Februari 2024Februari 28th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Program memancing yang diadakan di Pintu Air Kubang Menerong telah mencuri perhatian dengan penyertaan lebih 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak.

Pastinya hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10 ribu menjadi daya tarikan utama orang ramai untuk mencuba nasib, di sini kelmarin.

Menurut penganjur Muhamad Amirul Haizat Mohd Zaini, 30, pertandingan kali ini merupakan permulaan yang mengujakan untuk tahun 2024, sementara bagi beliau sendiri program ini merupakan siri keenam penganjurannya.

Beliau menegaskan bahawa program memancing bukan sekadar acara sukan semata-mata, tetapi juga merupakan satu bentuk riadah yang boleh mempererat hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk kampung.

“Cukup meriah apabila ibu bapa yang menyertai program ini turut membawa bersama ahli keluarga bagi memberi pengalaman baharu kepada anak-anak selain dapat mengimbau nostalgia aktiviti orang kampung dahulu kala,” katanya.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk Masjid Nurul Iman Kubang Menerong, Pertubuhan Sejahtera Anak Malaysia (PERSAMA), Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Kepala Batas (MANTAP), Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda