Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50 di Putrajaya Meriah

By 2 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini disambut meriah bersekali dengan Program Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD 2024) bermula semalam hingga Ahad ini.

Bertemakan ‘Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni’, fokus utama kerajaan adalah bagi memastikan pembangunan yang pesat di Wilayah Persekutuan bergerak seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi penduduknya.

“Seiring dengan agenda Malaysia MADANI, pembangunan Wilayah Persekutuan menitikberatkan nilai-nilai manusiawi dalam penggubalan dasar.

“Ini merangkumi usaha pemerkasaan ekonomi warga terutamanya golongan miskin tegar dan miskin, pembinaan rumah mampu milik Residensi MADANI serta pemerkasaan penjaja dan peniaga kecil melalui usaha menaik taraf fasiliti gerai-gerai,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Wilayah Persekutuan dan POD 2024 di Dataran Putrajaya, semalam.

Tambah Dr. Zaliha, sebanyak 61 program berkonsepkan mesra rakyat disusun sepanjang bersempena dengan sambutan pada kali ini yang turut meraikan ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan yang ke-50 sejak penubuhannya pada 1 Februari 1974.

Terlebih dahulu, program dimulakan dengan Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra dan disusuli dengan aktiviti ‘Berjalan Sihat@Putrajaya sejauh 2.5 kilometer dari Dataran Putra ke Dataran Putrajaya yang disertai hampiri 6,500 peserta.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Naim Mokhtar, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda