Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka Serlah Keunikan Malaysia

By 25 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menampilkan persembahan kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum menyerlahkan keunikan budaya rakyat Malaysia.

Antara yang menjadi tarikan utama adalah tarian naga, persembahan Cantonese Opera menggunakan Bahasa Melayu, persembahan muzik, persembahan yoyo Cina dan persembahan tarian kebudayaan.

Acara ‘Prosperity Walk Parade’ anjuran Rangkaian Komuniti Bukit Bintang (NBBC) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan BBKLCC turut mewarnai sambutan pada kali ini.

“DBKL menyambut baik cadangan NBBC untuk berkolaborasi dalam program ini di mana warga kota daripada Parlimen Bukit Bintang berarak dan mempersembahkan keunikan kebudayan pelbagai kaum di sepanjang Jalan Raja menuju ke Lalaport Bukit Bintang.

“Penyertan yang melibatkan masyarakat majmuk di Kuala Lumpur membuktikan bahawa perpaduan dalam kalangan warga kota amat padu dan teguh,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh ketika berucap merasmikan merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka semalam.

Kamarulzaman kemudian menyempurnakan acara pelepasan Prosperity Walk Parade bersempena sambutan Chap Goh Mei yang mana para pesertanya berpakaian kostum berwarna-warni diiringi persembahan muzik dan tarian naga serta tarian singa sepanjang laluan perarakan.

Turut hadir Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan dan mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Program Temu DBKL@Parlimen Bukit Bintang turut diadakan yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DBKL.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda