
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
MACHAP JAYA, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang warga emas penghuni Rumah Sejahtera Kampung Machap Baru dan penduduk sekitar Machap Jaya diraikan dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Muhibbah Alor Gajah 2024 anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah, di sini kelmarin.
Timbalan pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka Zulkiflee Mohd Zin l, berkata majlis ini diadakan bersama penghuni Rumah Sejahtera bagi menceriakan mereka.
“Ia juga adalah sebagai salah satu wasilah bagi merapatkan ikatan masyarakat dan agensi kerajaan yang prihatin selain meringankan beban serta menggembirakan warga emas terutamanya dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina ini,” ujarnya.
Selain menerima sumbangan perayaan Tahun Baru Cina, penghuni Rumah Sejahtera turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa.
-ZS-