Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Semarak Subuh Berjaya Mengimarahkan Masjid dan Surau

By 17 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasharuddin Mohd. Shah/Ashikin Mustafa

KOTA TINGGI, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Program Semarak Subuh yang masuk minggu ke tujuh telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat khususnya di Tanjung Surat.

Program telah berjalan lancar dengan kehadiran ramai jemaah menunaikan solat subuh di Masjid Al Huda Kampung Punggai semalam.

Program yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa pembentangan Bajet Negeri 2024 yang lalu telah menerima sambutan memberangsangkan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri dengan keterlibatan wakil rakyat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat.

“Alhamdulilah dan syukur, semua masjid dan surau dalam Tanjung Surat telah menyambut baik program ini.

“Semoga program ini terus mekar dan subur”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan merangkap ADUN Tanjung Surat Aznan Tamin.

Program yang diadakan secara bergilir setiap Jumaat di masjid dan surau ini dimulakan dengan solat sunat qabliah, solat subuh, bacaan ayat surah al-Kahfi, tazkirah daripada penceramah serta sarapan bersama jemaah yang hadir.

Penghulu Mukim Pantai Timur Faizul Fadzil menyatakan kesyukuran dengan sambutan yang diterima dan berharap program ini dapat diteruskan di masjid dan surau yang lain.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi Nasharuddin Mohd. Shah, Penghulu Mukim Pengerang Azizan Ali, Penghulu Mukim Pantai Timur Faizul Fadzil dan Pegawai Tafzir al-Quran Daerah Kota Tinggi Ustaz Abdul Rahman Abdul Jalil.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda