Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan’

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 telah diadakan di ‘Melaka International Trade Centre’, di sini semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pelbagai program telah diatur sepanjang bulan Ramadan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024.

“Program Imam Hafiz Tarawih Ramadan (IHTIRAM) dan Taqarrub Ramadan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka dalam menyemarakkan lagi Bulan Pelancongan Islam di Negeri Melaka.

“Selain itu, Majlis Iftar Jamie juga akan diadakan setiap hujung minggu di Dataran Pusat Islam Melaka serta bakal disusuli dengan Program Iftar Mega pada 16 Mac nanti. Ayuh semua untuk bersama sama menyokong dan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini,” ujar beliau, semasa ucapan perasmian Pelancaran Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2024.

Dalam majlis sama, seramai 1,029 Amil Syarak telah dilantik, merangkumi ketiga tiga daerah di Negeri Melaka serta Amil Syarak daripada Zakat Melaka bagi memudahkan urusan pembayaran Zakat Fitrah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda