Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PERDA Teraju Transformasi Lestari Pembangunan Pulau Pinang

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/R.Vikneswaran (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turun padang menyelami kehidupan masyarakat Pulau Pinang untuk menghimpun data penting demi merancang pelan strategik jangka panjang hingga tahun 2050, kelmarin.

Pelan strategik ini merupakan kunci kelestarian PERDA dalam memajukan negeri Pulau Pinang.

Menurut Pengarahnya Haji Mohd Asri Baharom, agensi ini bersedia menerima pandangan serta cadangan dari masyarakat kerana apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perancangan generasi terdahulu.

“Oleh itu, tanggungjawab kita ialah melahirkan rancangan terbaik untuk generasi akan datang.

“Selain daripada Program Pembangunan Sosial, PERDA juga menawarkan Program Pembangunan Usahawan untuk membantu usahawan permulaan dan pertengahan serta menubuhkan Institut Latihan Kemahiran PERDA-tech bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang TVET,” katanya semasa berucap di Program “PERDA Santuni Komuniti Madani” di Perkarangan Masjid Permatang Rambai Kepala Batas.

Katanya lagi, keistimewaan pusat pengajian tersebut ialah ia disokong sepenuhnya oleh kerajaan serta menyediakan elaun pengajian sebanyak RM200 sebulan kepada pelajar.

Program ini juga mendapat sokongan daripada Pejabat Pusat Khidmat ADUN Bertam dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara yang menyediakan kaunter Sudut Maklumat Rakyat.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Pulau Pinang turut menyumbangkan khidmat dengan membuka jualan Agro Madani untuk membantu masyarakat yang memerlukan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih berpatutan.

Turut menyemarakkan program ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dengan aktiviti jualan ‘happy hour’ yang meriahkan suasana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda