Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa (Melaka Tengah)
MELAKA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang dengan kerjasama Kolej Komuniti Kota Melaka menganjurkan gunting rambut percuma bertempat di Kompleks JAPERUN DUN Kesidang semalam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang Allex Seah Shoo Chin, inisiatif JIWA pada hari ini iaitu perkhidmatan gunting rambut percuma kepada 40 orang pelajar amat dialu-alukan bagi membantu ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak ramai.
“Untuk makluman semua, pada hari ini perkhidmatan gunting rambut ini dikendalikan oleh para pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka yang mengikuti jurusan Dandanan Rambut.
“Seramai lapan orang pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka hadir bersama seorang pensyarah iaitu Encik Mohammad Rizhan bin Ishak bagi menjayakan program JIwA MADANI pada petang ini,” katanya.
-ZS-