Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bazar Ramadan Taman Medan Tumpuan Warga Petaling Jaya

By 16 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Mohd Zuhairi (Petaling)

PETALING JAYA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Bazar Ramadan Taman Medan menjual pelbagai juadah makanan terus menjadi tumpuan pengunjung di hari keempat Ramadan.

Bazar ini dikenali antara lokasi bazar yang kerap dikunjungi warga Petaling Jaya saban tahun.

Penduduk Blok 11 Desa Mentari Aishah Ayob, 30, berkata dia amat teruja setiap kali ke bazar kerana ingin mencuba pelbagai juadah unik pada bulan puasa.

“Terdapat beberapa juadah yang dijual di sini memang digemari oleh penduduk setempat antaranya Roti John 30 Hari, Inn Tepung Pelita dan Zah Cendol,” katanya ketika ditemui.

Menurut Aishah, walaupun terdapat kenaikan harga makanan berbanding tahun lepas namun jumlah gerai yang dibuka tetap meriah dan mendapat sambutan.

Peniaga Liyana Rosli, 47, mengambil peluang menambah pendapatan dengan menjual pelbagai jenis  kuih-muih seperti onde-onde, agar-agar, bubur, kuih bakar dan tepung pelita.

“Gerai kami menyediakan lebih 30 jenis kuih-muih tradisional yang dapat membangkitkan kembali juadah berbuka kenangan silam,” katanya yang sudah berniaga di bazar Ramadan berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Bagi pekerja swasta, Farhaa Hamdan, 28, dia menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan.

“Semua barang naik harga sekarang, saya faham ada peniaga yang terpaksa menaikkan harga demi menampung kembali modal mereka.

Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini dan mengawal perbelanjaan kita,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda