Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sekolah Kebangsaan St. Paul Seremban Terima Pelajar Perempuan Selepas 125 Tahun

By 15 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jaitripta Kau/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan St. Paul yang berusia 125 tahun telah mencatat sejarah apabila menerima kemasukan pelajar perempuan buat julung kali sejak sekolah ditubuhkan.

Menurut salah seorang guru sekolah tersebut, Ustaz Mohamad Tarmidi Meh, 52, ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi menambah bilangan pelajar kerana kadar kemasukan pelajar ke sekolah ini semakin merosot setiap tahun.

“Kemasukan sepuluh pelajar perempuan ini merupakan permulaan.

“Perubahan ini juga dibuat setelah mendapat sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurusan Sekolah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda