Skip to main content
Berita TempatanBerita Utara

Program Jelajah Sahur Raikan Petugas Barisan Hadapan

By 24 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Petugas barisan hadapan merupakan wira-wira negara yang tidak di dendang dan sewajarnya jasa mereka dihargai. Bertitik tolak dari itulah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKNK) bersama Masjid Al Busyra, Merbok telah mengadakan Program Jelajah Sahur kali ke-16 malam tadi bertempat di Masjid Al Busyra,Merbok .

Sebanyak 300 pek makanan disediakan oleh pengurusan Masjid Al Busyra secara gotong-royong untuk diagihkan kepada barisan hadapan seperti Markas 6 Briged, Kem Lapangan Terbang, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Penjara, IPD Kuala Muda dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Menurut Pengerusi GKNK, Abdul Rahman Ahmad, program tahunan ini diadakan bertujuan untuk mendekati dan menyantuni petugas-petugas barisan hadapan sekitar daerah Kuala Muda dan sekaligus menunjukkan kebersamaan GKNK bersama petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Imam Masjid Al Busyra Merbok, Ustaz Firdaus Farabib berkata program seumpama ini besar pahalanya di sisi agama dan beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan mengalu-alukan sumbangan, derma dan infak untuk menjayakan program amal seperti ini.

Program ini bermula seawal jam 12.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 pagi melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, pelbagai NGO dan kelab permotoran sekitar daerah Kuala Muda.

-AA-

Tinggalkan komen anda