Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Inspirasi Keterangkuman’ Harus Diintegrasikan di Semua Jabatan dan Agensi Kerajaan

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Aziana Azreen (Barat Daya)

GELUGOR, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Tema Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 Peringkat Pulau Pinang, ‘Inspirasi Keterangkuman’ harus diintegrasikan ke dalam dasar, program dan amalan di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, istilah keterangkuman membawa erti penerimaan dan penghormatan terhadap kepelbagaian latar belakang individu dalam sesebuah komuniti.

“Ia merangkumi nilai-nilai kesaksamaan, keseimbangan, dan keadilan, serta mendorong persekitaran yang menghormati serta memahami perbezaan dalam keperluan dan hak kesamarataan bagi wanita dan lelaki,” ujarnya.

Dr. Mohamad berkata demikian di hadapan lebih 2,000 peserta Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 Peringkat Pulau Pinang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

Turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datin Noraini Abd Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Lim Siew Khim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda