Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Kasih Murid Johor Bukti Kerajaan Prihatin

By 7 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nadia Abdullah (Kluang)

KLUANG, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Senyuman terukir apabila seramai 200 orang pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang tersenarai sebagai penerima dalam Program Kasih Murid Johor anjuran Pusat Khidmat ADUN Kahang kerajaan Johor yang diadakan di Dewan Dato’ Onn, Taman Sri Lambak, di sini hari ini.

Kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta keseluruh negeri untuk melaksanakan program Bantuan Kasih Murid Johor 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang R. Vidyananthan, berkata program bantuan Kasih Murid Johor ini akan turut dilaksanakan di seluruh peringkat DUN di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Johor.

“Pelbagai bantuan telah disalurkan terutamanya hal-hal berkaitan pendidikan yang melibatkan golongan kurang berkemampuan dalam meringankan beban rakyat Johor khususnya di DUN Kahang.

“Saya juga percaya hanya pendidikan yang dapat mengubah nasib seseorang pada masa hadapan,” katanya.

Timbalan Pegawai Pendidikan Zainuddin Rahman, berkata program seumpama ini sangat dialu-alukan dan pihaknya sedia memberi sokongan dan komitmen penuh dalam memastikan program ini mencapai objektifnya.

“Insiatif yang dilakukan oleh kerajaan Johor perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat sambil menyifatkan anak-anak yang bersekolah di Negeri Johor sebagai bertuah kerana pucuk pimpinan kerajaan Negeri Johor amat menitikberatkan pendidikan,” katanya.

Selain sumbangan pakaian sekolah yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Suri Prihatin (SURI) Sembrong, setiap pelajar turut menerima wang tunai sebanyak RM150 sebagai tambahan untuk kegunaan persekolahan nanti.

Hadir sama Pengerusi SURI Sembrong Datuk Norhaslina Zainal Abidin dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Mohd Azhan Sharom.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda