Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JAKIM Santuni Mangsa Banjir

By 12 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Muhammad Syamsul Amri (LMS)

BATU KURAU, 12 Mac (Malaysiaaktif) Jabatan Agama dan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyantuni penduduk yang terkesan akibat bencana banjir dengan menyampaikan bantuan demi meringankan beban mangsa.

Penghulu Mukim Ijok Mohammad Asyraf Zulkifli, berkata bencana banjir tersebut berlaku pada 21 September, tahun lalu.

“Satu majlis penyampaian bantuan sempena Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir Mukim Ijok diadakan dengan sumbangan telah disampaikan kepada mangsa banjir yang terlibat, merangkumi 125 keluarga dari lapan buah kampung di mukim ini.

“Bantuan yang diberikan berupa kotak makanan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan wang tunai dari JAKIM bagi setiap pemilik rumah untuk perbelanjaan harian terutama untuk kegunaan pada bulan Ramadan ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Kampung Baru Cina, Rendang Panjang, Ijok, di sini pada Ahad.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr. Ruslan Said, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama (LMS) Datuk Seri Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali, Pegawai Daerah Mohd Nasrul Menhat, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Mohd Kamal Mohamad Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP Zabidi Nasan.

-AA-

Tinggalkan komen anda