Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka – JAS Labuan

By 21 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JAS Labuan

LABUAN, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Semua pihak diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan Zulfadzli Zakaria, wilayah itu sedang mengalami musim kemarau berterusan disebabkan fasa monsun timur laut dan El Nino bagi tempoh Februari hingga Mac 2024.

β€œSemakan pada imej satelit juga menunjukkan tiada titik panas di Wilayah Persekutuan Labuan beberapa hari ini dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan menunjukkan status kualiti udara pada tahap sederhana,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jelasnya lagi, Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, selain kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

β€œOrang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan dan JAS.

β€œJAS berusaha mempertingkatkan rondaan bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka tidak berlaku di Labuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda