Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Rahmah Beri Penjimatan kepada Rakyat

By 18 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah yang dianjurkan di perkarangan Masjid Al Wustha, Guar Chempedak semalam menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus daripada harga biasa dipasaran setempat.

Terdapat pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, beras, minyak masak, tepung gandum, sardin dan lain-lain barangan yang dijual di program ini.

Seorang pengunjung Rahani Mahmud, 61, dari Kampung Teroi, berkata beliau mengambil peluang untuk datang berbelanja di sini kerana harga barangan yang ditawarkan jauh lebih rendah dan lebih menjimatkan.

Seorang lagi pengunjung Rohana, 45, dari Sungai Limau, berkata beliau datang ke program jualan ini untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak paket.

Walaupun pembelian barangan asas dihadkan namun ianya tidak menjadi masalah, malah ia langkah yang baik kerana lebih ramai yang dapat membeli.

“Di sini had pembelian gula adalah empat paket berbanding dua paket sahaja di kedai runcit di tempat saya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda