Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KKDW Peruntukkan RM3.64 Juta untuk Projek Pembangunan Labuan

By 23 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM3.64 juta untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan perumahan khusus kepada rakyat Labuan tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi peruntukan itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur di bawah Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Ameniti Sosial (PAMS) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kita memperbanyakkan jalan-jalan ini di Labuan begitu juga program ameniti sosial dan program perumahan rakyat seperti yang kita lihat tadi kita akan tambah.

“KKDW telah memperuntukkan RM116,900 kepada Labuan untuk pembangunan komuniti, RM123,500 di bawah pendidikan kemahiran meliputi Program Sijil Kemahiran Malaysia-Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT),” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan, di sini petang tadi.

Tambahnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.435 juta untuk rakyat Labuan meliputi RM1.37 juta bagi pembiayaan perniagaan dan RM65 ribu bagi pembangunan usahawan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda