Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pengalaman Manis Buat Persembahan di Hadapan Tengku Mahkota Pahang

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham

JERANTUT, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Pengalaman membuat persembahan di hadapan Tengku Mahkota Pahang memberikan kenangan manis bagi perjalanan karier seorang penari kebudayaan.

Bagi Huzaifi, 25, pengalaman dapat memberikan persembahan tarian kepada Tengku Mahkota Pahang merupakan sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan.

“Sebagai penari, saya bangga dapat buat persembahan di hadapan Tengku Mahkota Pahang memandangkan saya sendiri merupakan penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang,” ujarnya ketika ditemui Selasa lalu.

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Kampung Gintong bagi meneruskan program bersempena dengan Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024.

Tuanku turut berkenan bersama-sama rakyat jelata merasai pengalaman menabur benih anak padi dan juga mengikuti aktiviti memedap ikan di sawah padi.

Memedap ikan merupakan cara tradisi menangkap ikan dengan menggunakan tangan sahaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda