Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kraftangan Meterai Tujuh MoU

By 1 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Malaysiaaktif) –  Kraftangan Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan enam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan jenama fesyen dari Singapura, Kaifiyyah PTE.LTD menerusi pemeteraian tujuh memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi perkongsian kepakaran, kemudahan menyambung pengajian, pembangunan soft skills (kemahiran insani) serta usahasama lain yang dipersetujui bersama.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Dalam ucapannya Khairul, berkata kedua-dua acara itu merupakan inisiatif yang memberi manfaat kepada industri kraf dan rakyat.

“Inisiatif ini menunjukkan komitmen semua pihak dalam menggalas mandat di bawah kerangka Ekonomi MADANI dengan memperkasa rakyat melalui bidang pendidikan tinggi.

“Justeru, harapan kami di MOTAC dan Kraftangan Malaysia agar kerjasama strategik ini akan melonjakkan kecemerlangan pengajian tinggi tempatan,” katanya.

MoU berkenaan melibatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Pemeterai MoU ini juga merupakan salah satu usaha Kraftangan Malaysia untuk mengangkat martabat kraf tekstil tempatan ke luar negara termasuk memperluaskan lagi penggunaan kraf tekstil tempatan dalam industri fesyen.

“Selain itu, usaha ini juga dapat menjadikan pengisian pengajian lebih berkualiti dan relevan,” katanya.

Khairul Firdaus turut menyampaikan sijil penilaian Standard Kraftangan Malaysia kepada 31 usahawan kraf bagi mengukuhkan dan meningkatkan daya saing usahawan kraf tempatan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda